Saya terjaga bila henpon saya berbunyi jam 8.11 pagi. Sungguh indah sekali pagi Ahad. Di tingkat bawah, saya terdengar bunyi penyedut asap kitchen (rangehood). Saya amat risau jikalau itu bunyi sahabat saya, Samawi yang memasak. Alasannya mudah, nasi goreng beliau sangat scuks.
Rupa-rupanya itu adalah bunyi saudara Azman memasak megi berkuah yang sangat masin. Walaupun masin, rasanya sangat sedap sekali.
Breakfast kami : Megi kuah + teh susu sedap by Azman
Breakfast mengambil masa satu jam (+ sembang kedai kopi). Lantas pabila jam menunjukkan pukul 9.33 pagi, saya mengambil inisiatif untuk mandi pagi. Sungguh awal sekali saya mandi pada hari ini. Setelah selesai mandi pagi, saya pun tiba-tiba bersemangat untuk study. Tajuk hari ini ialah Target for Drugs. Apabila saya membuka Saber yang kebetulan berada betul2 di atas meja study, tiba-tiba hati saya tergerak untuk membuka frenster, Ym dan sebagainya ...
Tanpa disedari, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. SAudara Ansa Shah menelefon bilik kami untuk ekspedisi hari AHad. Ekspedisi tradisi masyarakat Melayu beragama Islam di College Square Lygon pada hari Ahad - Berbasikal secara konvoi ke Barkly Square untuk makan Cako Ciken (charcoal chicken).
Ekxpedisi untuk memuaskan nafsu makan bermula
Maka bergeraklah kami ke destinasi. Dalam perjalanan, kami melihat pemandangan2 yang sungguh indah sekali. Contohnya pokok2 berdaun kuning menandakan musim luruh ... gadis-gadis berpakaian sopan berjogging di pagi hari sambil membawa Ip-Od.... dan kecantikan basikal saya, Battle Hopper yang bersinar2 di bawah cahaya sang mentari.
Sampai disana, saya meng-order satu whole chicken + large chips dari kakak C.C yang sangat comel lote :-D haha. Ini adalah kali pertama saya meng-order makanan sebanyak itu ... mujurlah dikongsi oleh saya dan saudara Aie (nama betul).
Pemakanan yang tidak seimbang merupakan punca utama obesiti dikalangan remaja. (Gambar sekadar hiasan)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai makan, barulah saya teringat yang saudara Azfal serta Ahfiz mengajak kami untuk makan lunch dirumahnya ... OMG. Perut sudah kembung macam orang baru lepas tonggang todi ....
Lunch : Whole Chicken + Large Chips + Nasi lauk tom-yam makan dalam talam = Nafsu Satan
Effects : Nausea, Muscle cramp, Boncit seperti orang kekenyangan todi ..... (Alasan paling baik untuk meng-skip perlawanan bola petang ni..)
Saudara Samawi menunjukkan bakat beliau
Sebaik sahaja makan, kami (saya dan Samawi) pulang ke rumah. Perlawanan bola antara Muslimeen United (team saya) dan Jewell Legends bermula jam 2.30 petang.
Saya meng-set-kan alarm untuk berbunyi jam 3.07 dengan harapan bahawa perlawanan MU dan Jewell akan bermula lambat ...
Mereka sungguh gembira bila diberitahu muka mereka akan masuk blog. Lihatlah senyuman di wajah mereka.
Namun apakan daya, sesampainya di sana ... match dah habis. mujurlah menang. Petang itu, saya merayau-rayau di kawasan perkuburan Carlton yang "surface area"-nya lebih besar daripada "surface area" University of Melbourne.Ramai orang bermain FOOTY dan Soccer di padang Princess park. (Sebelah kubur)
Angin Musim Luruh bertiup sepo-sepoi bahasa. Sambil menaiki basikal, saya manyanyikan lagu WInter Sonata dan menikmati keindahan musim Luruh di Melbourne....
Daun-daun berguguran ... aduh romantik sekali ... basikalku berlari kencang ...
Bila balik rumah, badan penat... kena masak dinner ... Syifaq dan Aie makan sekali ....
nak tulis blog lagi....
HAri Ahad ku .... sepatutnya dah habiskan Drugs dan Embryology....
Musim Luruh .... indah sekali ...
basikalku berlari kencang .....
Daun-daun berguguran ....
Exam hari Jumaat ..... Kepala pusing ... Badan letih ...
2 comments:
Haha..post kau semakin lame semakin mantap ah..tp mane pegi bnde ni:
"Next Post's Hint : Lori merah ini masih tersadai di bilik air rumahku...."
Silap bajet... banyak sangat perkara berlaku, tak sempat nak tulis semua ...
Post a Comment