Lama sungguh aku tidak menulis di halaman blog.
Kehidupan di Australia sungguh sibuk. Bukan sibuk kerana tugasan ataupun mengulang kaji, tetapi sibuk memikirkan hal-hal remeh-temeh seperti memasak, shopping, bersosial dan menguruskan file-file di dalam Saber (PC hitamku).
Semalam (9hb52007) aku ke Bourke Street, ke sebuah kedai bernama Zone Adrenalan. Semata-mata untuk membeli Warcraft III - Battlechest. Harganya AUD44. Agak mahal. Tapi jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa (retail price) harga itu sangat murah. Zone Adrenalan sebenarnya menjalankan perniagaan software game di Ebay.
Suasana di Bourke Street ketika itu sangat sibuk. Ramai sungguh manusia-manusia berlegaran di kawasan yang mempunyai lot-lot kedai eksklusif itu. Walaupun sudah beberapa kali aku melalui jalan ini, namun inilah kali pertama aku melihat betapa "meriah"nya suasana di Pusat Melbourne ini. Di kaki jalan, kelihatan seorang lelaki Red Indian bermain muzik menggunakan seruling tradisionalnya. Sungguh merdu sekali muzik yang dimainkan dan ianya menambahkan lagi "mood" di Bourke Street itu.
Sebenarnya aku merancang untuk berjalan bersendirian menikmati keindahan kota metropolitan. Tapi entah bagaimana Samawi, sahabatku (bukan nama sebenar) berkeras untuk menemankan ku. Mungkin kerana aku berpakaian sangat "tidak kasual" (kemeja tucked in) dan ini menambahkan syak wasangka. Aku sudah memberitahu Samawi bahawa aku cuma ingin berjalan-jalan sendirian sambil meng-OFF-kan henset kerana aku mahukan masa untuk bermuhasabah sendirian tapi beliau tidak percaya. Samawi fikir aku mahu keluar me-lagho-kan diri ...
CBD at night : Dari kiri (bukan nama sebenar), Azfal, Samawi, DK, Suzaili, Pak Ju An
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Di Malaysia, Blueserver merupakan tempat aku selalu "hang-out" di malam hari. Bila aku rasa bosan aku akan masuk Blueserver Forum dan membaca karenah-karenah manusia disamping berbincang mengenai hobi dan hal-hal remeh yang lain. Itulah satu-satunya tempat dimana aku boleh meluahkan perasaanku tentang game, anime, dota dan benda-benda lagho yang lain. Namun begitu, Blueserver Forum sudah ditutup. Ini kerana tampuk administration Blueserver telah diambil alih oleh Syarikat Sendi Mutiara Malaysia - satu-satunya pengeluar CD/DVD game original di Malaysia. Oleh itu, sekarang ini apabila aku merasa bosan tahap maksimum, aku tak dapat bersembang dengan siapa-siapa pun tentang hobi dan kegemaranku. Rakan-rakanku, Samawi, Azman, Suzaili dan Pak-An (kesemuanya bukan nama sebenar) masing-masing kurang memahami tentang konsep dinamik dan structural DotA.
Pagi tadi, aku masuk ke Battle.Net buat kali pertama di Australia. Sungguh nostalgik. Terutama sekali apabila aku dimarah-marah oleh seorang team memberku kerana tidak memberikan beliau peluang untuk "solo-top". Kemudian aku pun mengeluarkan "jargon" 2 yang biasa aku gunakan semasa di Malaysia dulu seperti "sohai", "go-die-n00b", "GJ" dan "b". Walaupun aku kalah teruk (delay 1 sec) tetapi aku sungguh gembira. Aku gembira bagaikan seorang anak KElantan yang merantau ke negara orang selama 10 tahun dan kemudian menjumpai budu cap Ketereh di Safeway. AKu sungguh gembira.
Bukti pengkhianatan oleh sahabatku yang paling dipercayai, Samawi
------------------------------------------------------------------------
Study, macam biasa. Walaupun pahit, terpaksa ditelan. Walaupun payau, terpaksa diteguk.
Minggu depan exam, bab yang akan keluar termasuklah EMbryology, Genetic, Pharmacology dan lain-lain. Aku bercadang mahu pulang ke kampung sahabatku Alex, Harry dan Kashrool (bukan nama sebenar) di Clayton, Victoria untuk menelaah pelajaran. Namun begitu, aku sungguh bimbang yang mereka akan sibuk hujung minggu ini. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku cuma beranggapan bahawa sungguh sukar aku untuk belajar di rumah sendiri kerana Saber dan Battle Hopper sering menggodaku untuk keluar atau bermain. Samawi dan Azman pula sangat mengambil berat tentang diriku. Aku rasa bersalah seolah-olah menjadi satu beban kepada mereka. Aku dah menganggap mereka seperti ibu dan ayahku sendiri di Australia ini. Maafkan aku Samawi dan Azman ...
Aku dalam dilema, adakah aku mahu tinggal di Melbourne ini ataupun aku mahu pulang ke kampung sahabatku untuk study ...
Hidup ini memang penuh dengan cabaran ... dan kita sentiasa mempunyai PILIHAN ... We always have choices to start with ...
Next Post's Hint : Lori merah ini masih tersadai di bilik air rumahku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Muahahaha..mcm sial post kau..nama samaran yg cukup mantap..terus aku xtaw sape org sbenanye..muahahaha..Weh..nak dtg sini ok je..dtg je..pintu rumah aku ni mmg sentiasa terbukak untuk kau dtg..Kalau singgah dua ari lg besh..huhu..aku pn nak stadi gak sikit2..so jgnla risau..
3 letters: LOL
Jom dtg studi kat barkly :D
- azfal -
Aduh ... Azfal Headshot aku ...
Post a Comment