Thursday, June 14, 2007

Daging Masak Kicap Ibu - Bekal ke Phillip Island

Hari ini hari SAbtu, 9hb June 2007. Pagi sangat sejuk. Brr.r....r.r.r..
Hari ini kami akan ke Philips Island untuk melawat sepupu Samawi iaitu Kanggaru...
Saya telah diberikan "mission objective" untuk memasak bekal untuk ke Philips Island.
Maka, sekonyong-konyong terpaksalah bangun pagi dan tidak tidur selepas Subuh.
Sila sediakan pen dan kertas kerana berkemungkinan besar anda tidak akan dapat memahami dan menghafal resipi ini...

O.K jika anda sudah bersedia dengan pen dan kertas, mari kita lihat bahan-bahan untuk memasak Daging Masak Kicap Ibu ini...

Bahan-bahan :

1. Daging dipotong kecil-kecil (500 gm)
2. Bawang putih dihiris halus (3 ulas)
3. Bawang Besar dipotong sesedap hati ( 1 biji)
4. Cili kering dipotong halus ( segenggam untuk level "extra HOT")
5. Rahsia masakan ibu : Sebotol Stir-Fry Safeway perisa Sweet Soy and Garlic.

Terlebih dahulu, rebus daging selama 30 minit sehingga mereka empuk. jangan buang air rebusan. Sementara menunggu daging itu masak, bolehlah anda menonton anime ataupun menghantar comment frenster kepada rakan-rakan.
Kemudian, masukkan minyak sebanyak 5 sudu makan.


Tumis bawang putih sehingga naik baunya dan berwarna keemasan.


Campak daging yang telah direbus sesedap rasa tetapi jangan masukkan air rebusannya.

Campak setengah botol Rahsia Masakan Ibu : Stir-Fry Sauce Safeway perisa "Sweet Soy and Garlic"
Campakkan cili kering sesedap rasa.

Campakkan bawang besar untuk menambah rasa.

Dah siap pun masakan kita pada hari ini ...

Alamak !!

Mawi asal ko terlupa tekan periuk nasi tu !!! Shit !!! Deym !! Makan nasi lembik la kita hari ni ...


Klu untuk post yang seterusnya ... Sila lihat gambar di bawah.


"Jom makan jom !!! Ichuzo !!!" - Memories, San Remo, Phillips Island

No comments: