Sesiapa yang berusaha maka dialah yang akan mendapatnya, sesiapa yang bercucuk tanam maka dialah yang akan menuainya
Begitulah maksud pepatah arab yang begitu popular sekali buat seketika dahulu di MML. Sungguh nostalgik sekali mengenangkan hidup sebagai seorang pelajar di MML.
Exam datang dan pergi. Pantas seperti kilat. Terlampau pantas sehinggakan tiada ruang untuk kami mengimbas sejenak detik-detik climax di dalam dewan peperiksaan.
Seminggu sebelum exam, banyak peristiwa berlaku. Suka dan duka. Pahit dan manis. Tawar dan manis. Pantas saya meng-upload gambar-gambar untuk menggambarkan suasana climax hari-hari sebelum peperiksaan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Hari sebelum bermulanya latihan khas di dalam Rumah Waktu Semangat , kami orang Saiya telah mengadakan satu ekspedisi khas "kebabbing before studying". Mission Objective kami ialah menonggang basikal ke OZ Kebab di Flemington Road, beli kebab, makan dan balik. Walaupun nampak ringkas, namun perjalanan kami tidaklah semudah yang disangka. Suhu pada malam itu adalah lebih kurang 7-9 degree celcius. Dengan muka yang ngantuk dan tidak bersemangat (pukul 12tgh malam), kami memulakan perjalanan dengan disuluhi lampu putih basikal Samawi. Saudara Rifki menjadi ketua ekspedisi kami pada malam itu.
Dengan berbekalkan baju sejuk yang dibeli di Savers, kami menahan angin malam yang deras dan sejuk. Basikal kami berlari kencang. Pabila tiba di Flemington Road (kawasan bukit), kami memandang jauh ke kawasan tanah rendah yang disinari lampu-lampu. Pemandangan yang sangat indah dan climax sekali. Tanpa mengayuh basikal (sebab turun bukit kan), kami memejamkan mata dan sama-sama menikmati kesejukan dan kederasan angin malam di kota Melbourne. Kami terbang bersama-sama angin pada malam itu. Melupakan semua masalah-masalah dunia seperti exam, exam dan exam.
Tiba di OZ Kebab, kami makan dan balik. Pakcik OZ Kebab sangat macho sekali. Antara ayat-ayat beliau yang menjadi buah mulut penduduk kota CS ialah :
"Hi, G'Day Mate", "Chicken or Lamb?", " Any sauce? We've got chilli, garlic, tomato..."
P.S: Baca dengan slang pakcik OZ Kebab
Perjalanan pulang adalah sangat menyiksakan sekali sebab terpaksa menonggang basikal menaiki bukit... sungguh climax... dan melenguhkan patella ...
-------------------------------------------------------------------------------------------
Maka, secara officialnya, Study Week Climax bermula.
Latihan demi latihan dijalankan. Azman dengan tekun study dibiliknya, manakala Samawi gigih membaca lecture notes di depan laptopnya dan aku, bermati-matian membuat nota ringkasan untuk dihafal.
Kali ini, aku tidak boleh lagi "membuat bodoh" seperti di KMB kerana terlampau banyak benda yang perlu dibaca. Maka, terpaksalah aku mengeluarkan kuasa Super Saiya tahap ke-lima dengan kuasa pemfokusan titik lubang hitam. Namun begitu, aku sedar yang membaca buku dan membaca buku bukanlah cara yang terbaik untuk study. Membaca nota dan buku-buku tebal sehingga mengabaikan masa tidur dan masa memasak dan masa bercukur adalah tindakan yang sungguh tidak bijak.
Apa yang penting ialah STRATEGY. STRATEGY pembelajaran adalah sangat-sangat penting. Maka, aku pun mengambil inisiatif dengan bermain game Supreme Commander (Real-Time-STrategy game) untuk membelajari selok-belok STRATEGY. Dengan bermain game ini, aku sedar yang TEAMWORK adalah amat penting untuk memenangi sesuatu peperangan. Maka, aku pun mencadangkan geng KMB Medic First Yeart Melbourne Uni untuk mengadakan satu Study Group ataupun lebih popular dengan nama I.R.P.
PEngalaman kami mengadakan I.R.P disini sungguh efektif dan elegan. Menggunakan bilik operasi khas di basement CS (Activity Room no.3), kami membincangkan dengan detail soalan-soalan exam dan mekanism-mekanism PBL.
Setiap I.R.P tidak akan macho tanpa makanan. Antara makanan-makanan popular semasa I.R.P ialah Smiths Chips, PODs, dan Big M.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk peperiksaan kali ini, strategi yang aku gunakan adalah amat berbeza sekali dengan apa yang aku lakukan semasa di KMB. Mungkin kerana aku menumpukan lebih perhatian di dalam kelas semasa di KMB berbanding di sini. (Sebab Lecture Theatre Copland sangat sesuai dijadikan bilik tidur .....zzzz). Maka terpaksalah aku menggunakan skill study baru yang aku rasakan amat berkesan. Skill study ini diadaptasi dari skill menghafal yang aku gunakan sewaktu dahulu. Caranya ialah dengan membuat nota yang dipenuhi dengan "key item" dan sedikit explanation. Aku juga menggunakan "numeric system" untuk menghfal mekanism-mekanism yang mempunyai jumlah "event" tertentu. Sebagai contoh, untuk menghafal mekanism acute inflammation, aku cuma menghafal :
Acute Inflammation (8)
- 8 items (numeric system)
- Blood Flow Change
- Vasodilation
- Congestion
- Oedema
- Exudate
- Fibrin
- Neutrophil Recruitment - 3 item - Margin, Rolling, Adhesion
- Neutrophil Migration
Dan untuk benda-benda lain yang lebih complex, maka terpaksalah menghafal bulat-bulat.
Contohnya benda-benda kecil seperti statement "Fat pads are intracapsular but extra-synovial" yang boleh diingati dengan mengingati gambaradja.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Climax Study Week berakhir dengan kesuraman dan kemuraman dan kesejukan. Cuaca yang sejuk membuatkan kami lebih suka mengasingkan diri masing-masing. Pada hari peperiksaan, kami berbasikal ke REB (Royal Exhibition Building) yang terletak 10minutes cycling distance dari CS (College Square). REB boleh memuatkan seramai 2700+ students. Pada hari peperiksaan, keadaan amat sesak sekali. BAngunan REB ini amat cantik dan elegan.
Perasaan climaxku memuncak pabila melangkah masuk kedalam dewan peperiksaan. Sungguh luas dab besau. Namun begitu jarak antara dua meja tidaklah jauh sangat (boleh la mengenyet2 mata ataupun memanjangkan tengkuk ni....).
Exam hari pertama, 4hb June, PBS Paper 1 : 60 soalan objektif. 6 soalan SAQ (Short Answer Q). 60 soalan pertama agak gay dan aku berasa sungguh climax sekali. Walaupun semasa 15minutes reading time, aku membaca soalan SAQ dan mambajet yang aku boleh buat, aku still berasa tertekan dengan soalan objektif itu. Untuk mengelakkan aku berasa terlampau climax dan berdebar-debar (nervous) maka aku pun me-macho-kan diri untuk ke tandas. Sekembalinya dari tandas, semangatku pulih semula laksana aku baru sahaja memakan "kacang dewa". Huargghhhhh, kuasa Super Saiya dipulihkan. Maka dengan cool-nya aku berjaya menjawab soalan2 subjektif itu tanpa perasaan tertekan.
Semenjak peristiwa ini, aku berpendapat bahawa pergi toilet (semasa exam) = hilang nervous = ke"cool"an kembali pulih = dapat menjawab dengan yakin dan tenang = makan "kacang dewa" (refer to Dragonball).
Jadi lusa, semasa exam HP (Health Practice) aku pergi ke toilet sekali lagi selepas 1 jam exam berjalan untuk me"regain" HP (Health Point) dan MP (Mana Point). Begitu juga dengan exam PBS paper 2 PBL.
Untuk Paper 3 (Practical), cara menduduki peperiksaan sangat pelik dan ganjil sekali. Di dalam bilik Peperiksaan, ada satu meja besar. Dalam satu meja besar, ada 12 station. Stiap station ada satu booklet soalan, mengandungi 4 soalan objektif. Kami terpaksa bergerak dari satu station ke station yang lain untuk setiap 5 minit. KAmi berkongsi buku soalan. Soalan paper ini sangat mencabar sekali memandangkan apa yang ditanya adalah berdasarkan kelas practical (laboratory atau computer-aided learning). Maka terpaksalah aku menghafal bulat-bulat, petak-petak semua benda yang ada dalam Patient Under the Microscope (Computer Program).
*Sigh* Akhirnya exam habis jugak !!
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar tanpa unsur-unsur climax yang melampau.
Lepas solat Jumaat, 8hb June itu, saya, Suzaili dan Samawi bergambar di depan bangunan Frank Tate (surau Uni).
Balik rumah, parcel dadah sudah tiba. Tanpa berlengah maka aku pun start enjin basikal dan meluncur laju ke Post Office (5minutes cycling) untuk mengambil bungkusan dadah tersebut.
Alhamdulillah, habis je exam, bekalan dadah pun sampai.
Malam itu, kami (aku, Azfal, Azman dan Samawi) pergi ke Fawkner untuk mendengar bayan. Sungguh nostalgik sekali pabila bayan English disampaikan, ada beberapa orang berkumpul di belakang untuk mendengar bayan arabic. Sesungguhnya sudah lama aku tidak mendengar pertuturan bahasa Arab. Terasa sungguh menyesal sekali tidak mengamalkan apa yang ku pelajari selama ini. Bila kita kehilangan sesuatu, maka barulah kita tahu nilai sebenar sesuatu benda itu. Aku telah kehilangan banyak ilmu bahasa Arab. Mungkin kerana dulu aku belajar hanya untuk exam ... Namun begitu, di mana ada kemahuan, disitu ada jalan .....
(Tapi dengan adanya dadah .... takle buat apa-apa beb ....)
Tamat pada 8hb June 2007
P.S : Ini Spoiler untuk the next post, hehehe.
No comments:
Post a Comment